KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan dua pindaan akta penting berkaitan pembangunan kemahiran bagi memperkukuh ekosistem pembangunan tenaga mahir di negara ini. Pindaan itu melibatkan Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 (Akta 652) dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 (Akta 640). Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia penting bagi memastikan tenaga kerja di negara ini bersedia menghadapi cabaran ekonomi berteraskan kemahiran dan teknologi masa…










