P - Utusan Malaysia P

PH masih laku di Inanam

SERAMAI 13 calon disahkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam selepas proses penamaan calon di Dewan Maksak, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. – Gambar dari FACEBOOK ZIKRI ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Di saat beberapa kawasan lain di Sabah masih berdepan naratif retorik tolak parti luar, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam menunjukkan wajah politik yang jauh lebih matang dan pragmatik.

Di sini, pengundi tidak lagi terperangkap dalam sentimen tersebut, sebaliknya menilai prestasi, kemampuan menyelesaikan masalah dan rekod kerja wakil rakyat.

Justeru, tidak menghairankan apabila Pakatan Harapan (PH) dijangka mendapat tempat dan dianggap masih laku di Inanam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang merupakan sebuah kawasan campuran dan membuktikan bahawa politik berasaskan hasil mengatasi politik identiti.

Penerimaan ini bukan sahaja lahir daripada rekod penyandang iaitu Datuk Peto Galim, tetapi juga daripada kefahaman pengundi bahawa parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai laluan lebih mudah untuk membawa masuk bantuan kerajaan Pusat.

Selain itu, 45,525 pola pengundi di Inanam turut memberikan isyarat jelas kenapa PH kekal kompetitif. Walaupun pengundi Cina tidak besar jumlahnya, mereka menjadi kumpulan penentu kerana kecenderungan mereka mengundi berdasarkan isu nasional, kestabilan kerajaan pusat dan rekod calon.

Undi Kadazan-Dusun-Murut (KDM) pula bersifat peribadi, menjadikan penyandang yang aktif lebih mendapat kelebihan, sementara itu, pengundi Muslim yang tertumpu di kawasan tradisi UMNO dilihat stabil dan tidak menunjukkan penolakan ketara terhadap calon PH, selagi hubungan jentera terjaga.

Dalam tempoh dua tahun setengah, pelbagai masalah yang sudah bertakung bertahun-tahun akhirnya mula menunjukkan penyelesaian, termasuk mitigasi banjir, isu utiliti asas, pewartaan kampung dan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal.

Perubahan ketara ini dilihat dan dirasai oleh penduduk setempat, memperkukuh persepsi terhadap keberkesanan wakil rakyat.

Hubungan dengan agensi pusat dan negeri berjaya dise­laraskan secara agresif, membuktikan bahawa kerjasama dengan kerajaan Persekutuan mempercepatkan banyak keputusan sekali gus memberi ke­lebihan kepada PH berbanding parti lain.

PH berada dalam kedudukan lebih kukuh apabila BN dan GRS tidak meletakkan calon di Inanam, membolehkan jentera Kerajaan Perpaduan bergerak serentak tanpa perebutan dalaman meskipun berdepan saingan 12 penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN