PETALING JAYA: Persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaafar dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Razali Alias tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan Op Sohor yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Memetik laporan media tempatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan yang mengaitkan persaraan dua pegawai kanan tentera tersebut dengan kes berprofil tinggi berkenaan. Beliau turut mengesahkan kedua-dua…










