PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perjumpaan dengan semua ahli Parlimen Bersatu di rumahnya di Bukit Damansara dekat sini, malam ini. Perjumpaan di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah itu mengundang pelbagai spekulasi termasuk usaha damai antara Muhyiddin dengan kem Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Hubungan kedua-dua pemimpin itu sejak kebelakangan ini dikatakan renggang dan memuncak, susulan tindakan tatatertib…







