KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam negeri gred 15 dan ke bawah yang diberikan pada Mac tahun depan. Pembayaran berkenaan bakal melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta. Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kakitangan lantikan kontrak turut menerima bantuan tersebut. Katanya, BKK bertujuan meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Lantikan politik turut menerima sumbangan…










