BUTTERWORTH: Kerajaan perlu menyediakan pelan sokongan yang kukuh khususnya dari aspek teknikal sebaik sahaja sistem kutipan tol tanpa palang (MLFF) menerusi teknologi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) mula dilaksanakan tidak lama lagi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengguna jalan raya berpandangan sedemikian kerana tidak mahu projek itu mencetuskan pelbagai masalah meskipun ia bertujuan untuk melancarkan pergerakan lalu lintas. Bagi Mohd. Hafidz Khairuddin, 36, dia menyokong penuh usaha kerajaan untuk melaksanakan…










