KUALA LUMPUR: Penduduk pangsapuri di Taman United, Seputeh di sini bimbang kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu hari ini akan berulang lagi seterusnya menjejaskan kediaman masing-masing. Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ooi, 60, berkata, dia percaya sistem perparitan di pangsapuri berkenaan sudah lama bermasalah dan bangunan semakin uzur mungkin memburukkan lagi kesan kejadian itu. “Kami mahu pihak berkenaan melakukan sesuatu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi…










