KOTA BHARU: Pembinaan jambatan kedua antara Rantau Panjang-Sungai Golok yang menghubungkan Kelantan dengan Wilayah Selatan Thailand menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi rentas sempadan antara kedua-dua wilayah. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, apabila siap nanti ia meningkatkan perdagangan rentas sempadan melalui akses dua hala yang lebih lancar sekali gus menyumbang kepada peningkatan nilai import dan eksport berasaskan produk pertanian,…










