PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera. Katanya, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Kerajaan tidak akan berkompromi melibatkan pelanggaran tatakelola atau salah laku pegawai awam,” katanya…










