KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan, tiada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang digantung operasi akibat kerosakan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sebaliknya pesawat yang tidak beroperasi ketika ini berada dalam proses penyelenggaraan berkala mengikut keperluan keselamatan industri penerbangan. Katanya, semua keputusan berkaitan pembaikan dan operasi pesawat adalah urusan komersial Malaysia Aviation Group (MAG) dan tidak melibatkan perbelanjaan kementerian. “MAG merupakan entiti perniagaan yang beroperasi secara komersial di…










