KUALA LUMPUR: Semua bentuk bantuan kepada rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara kerana kesalahan jenayah tidak akan disalurkan secara automatik, sebaliknya hanya diberikan atas permintaan individu berkenaan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia termasuk bantuan konsular seperti memaklumkan keluarga tahanan, mengatur khidmat guaman dan memenuhi keperluan asas tahanan yang hanya akan dilakukan apabila dimohon secara rasmi oleh individu terbabit. Katanya, setiap tindakan juga tertakluk kepada peraturan negara…










