KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan pengumpulan nilai lucut hak melebihi RM8 bilion hasil tindakan terhadap sindiket penyeludupan dan penipuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan melalui pasukan khas multi-agensi (MATF) telah berjaya mengurangkan ketirisan, rasuah dan penyeludupan bernilai RM15.5 bilion dari akhir 2023 hingga 2025. Katanya, jumlah itu merangkumi perampasan dan pemulihan daripada dana haram termasuk wang tunai, tanah, saham syarikat, bangunan dan pelbagai…










