KUALA LUMPUR: Pelaksanaan caj kenderaan ke Genting Highlands tidak dapat dielakkan memandangkan jalan terletak di tanah persendirian, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan. Beliau berkata, Kerajaan Pusat tiada kaitan dalam perkara tersebut kerana ia membabitkan tanah persendirian. Bagaimanapun katanya, caj yang dikenakan bukan `tol’ sebaliknya ia adalah caj kenderaan yang dikenakan kepada pengguna yang mahu berlibur ke taman tema berkenaan. Katanya, pihak Genting diminta untuk memberi…










