KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara digesa menaikkan kadar geran kawasan rukun tetangga (KRT) yang cemerlang kepada RM10,000 hingga RM12,000 setahun kerana nilai sedia ada tidak mencukupi. Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata, sesebuah KRT memerlukan dana melebihi jumlah peruntukan yang diterima ketika ini bagi melaksanakan program yang telah dirancang, “Walaupun sebenarnya RM10,000 itu masih jumlah yang bukan besar tetapi ia setidak-tidaknya memberi tambahan sebanyak RM4,000 kepada KRT yang cemerlang. “Saya cadangkan juga…










