KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan pertahanan antarabangsa meskipun menyertai latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Australia termasuk Latihan Keris Strike 25 (KrS25) dan Warrior 2025. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, prinsip berkecuali kekal menjadi teras utama dasar pertahanan negara. Katanya, Malaysia turut menjalankan latihan ketenteraan dengan negara-negara ASEAN dan China bagi memperkukuh keupayaan operasi serta memupuk kerjasama serantau. “Kita melihat latihan ini sebagai sebahagian daripada…










