KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kini meneliti pelaksanaan penyerapan guru interim dan kontrak ke jawatan tetap secara berperingkat. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia bagi memastikan penempatan dibuat mengikut keperluan opsyen serta keseimbangan tenaga pengajar di semua negeri. Katanya, langkah itu penting bagi menjamin keberkesanan sistem pendidikan dan memastikan kekosongan jawatan di sekolah diisi oleh guru yang berkelayakan. “KPM sedang meneliti semula kedudukan guru interim dan kontrak untuk…









