PARLIMEN: Kerajaan perkukuh kawalan harga sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

PARLIMEN: Kerajaan perkukuh kawalan harga sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM1.28 juta bagi memperkukuh penguatkuasaan kawalan harga, termasuk melaksanakan operasi khas sempena Tahun Melawat Malaysia, tahun hadapan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, antara operasi yang dilaksanakan termasuk Ops Pantau, Ops Menu, manakala Ops Indah akan dilaksanakan khusus sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, peruntukan itu digunakan bagi menampung tuntutan kerja lebih masa pegawai penguat kuasa yang melaksanakan operasi kawalan harga di seluruh negara.

“Kita ada beberapa operasi seperti op pantau untuk memeriksa harga setiap hari, op menu yang akan melihat ke restoran dan kedai-kedai makan dan op indah, khusus untuk tahun hadapan iaitu Tahun Melawat Malaysia.

“Jadi ada peruntukan tambahan untuk tahun 2026 sebanyak RM1.28 juta khusus untuk emolumen (kos tenaga kerja) di mana ini akan diperuntukkan bagi tuntutan kerja lebih masa pegawai penguat kuasa untuk melaksanakan semua operasi tambahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkaitan dana tambahan untuk memperkukuh penguatkuasaan kawalan harga bagi
mengelakkan peniaga mengambil kesempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN