KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengutip sebanyak RM521.35 juta duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) sejak pelaksanaannya pada 1 Julai 2019 sehingga November 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kutipan berkenaan merangkumi RM447.54 juta bagi tempoh 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2024, manakala RM73.81 juta lagi dikumpulkan dari Januari hingga November 2025. Katanya, kesemua hasil tersebut dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan selaras dengan Perkara 97…









