KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan pelaksanaan beberapa projek di Beaufort, Sabah di bawah Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Padas bagi mengatasi isu bekalan air bersih dan banjir di kawasan itu. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara projek utama termasuk menaik taraf muka sauk Loji Rawatan Air Beaufort 2 bernilai RM29.93 juta serta penggantian generator di Loji Beaufort 1 dianggarkan menelan kos RM2…










