KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoalkan ketelusan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat selepas kedua-dua soalan yang dipilih untuk sesi persidangan hari ini hanya daripada Ahli Parlimen kerajaan. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) membangkitkan perkara itu di bawah Peraturan Mesyuarat 24A apabila tidak wajar apabila semua soalan semasa sesi PMQT hanya daripada pihak kerajaan semata-mata. “Hari ini ada dua soalan, kedua-duanya daripada Ahli Parlimen kerajaan. Sepatutnya ada tiga,…










