KUALA LUMPUR: Prinsip asas Cukai Barangan Bernilai Tinggi (HVGT) tetap dikekalkan melalui penambahbaikan dasar percukaian sedia ada termasuk semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu walaupun cukai tersebut tidak diteruskan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, melalui pendekatan baharu itu, barangan mewah dan barangan pilihan kini dikenakan cukai jualan pada kadar lima atau 10 peratus selaras dengan matlamat asal…










