NELAYAN wanita, Aminath Bibi terpaksa meninggalkan rumah pesisirnya di selatan Pakistan di Mamu Dablu, enam bulan lalu. Kampungnya, berhampiran bandar pelabuhan Keti Bandar di muara Delta Indus di selatan Pakistan dahulunya merupakan penempatan nelayan yang makmur. Namun, peningkatan paras laut akibat perubahan iklim menghakis garis pantai secara beransur-ansur, memaksa keseluruhan komuniti berpindah ke daratan. Kini, yang tinggal hanyalah runtuhan pondok usang yang ditelan laut. Aminath bersama keluarganya yang terdiri daripada…










