PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun hadapan bagi memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kestabilan harga terus terpelihara. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengekalan OPR jelas menunjukkan keperluan campur tangan BNM untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi. “Memandangkan pihak Rizab Persekutuan (Fed) dijangka menurunkan kadar faedah pada Disember dan 2026, maka jurang antara Kadar…










