PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja pengalihan set tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth semalam telah selesai sepenuhnya. Menurut kenyataan, kerja-kerja pengalihan tren itu berjaya disiapkan dengan selamat dan perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai pukul 7.51 malam semalam. “KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran, kerjasama serta kefahaman yang diberikan…










