Op Tiger: Pegawai bank antara 49 individu akan didakwa SPRM

Op Tiger: Pegawai bank antara 49 individu akan didakwa SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 49 individu termasuk pegawai institusi perbankan akan didakwa secara berperingkat sepanjang bulan ini kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa buah firma guaman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kesemua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

“Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di beberapa institusi perbankan antara 2018 hingga 2023.

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 di mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN