KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Op Sohor membabitkan sindiket penyeludupan barang larangan seperti dadah dan rokok tiada kaitan dengan persaraan dua pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berkenaan masih berjalan walaupun sudah ada pertuduhan dibuat sebelum ini. “Kita juga tiada maklumat berkaitan persaraan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan…










