KUALA LUMPUR: Kementerian Digital sedang membangunkan aplikasi kerajaan, MyGOV Malaysia yang mengintegrasikan semua perkhidmatan digital kerajaan. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, platform menggunakan MyDigital ID itu akan melibatkan rakyat, termasuk perkhidmatan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Katanya, pelaksanaan dibuat secara berfasa, mengambil kira ketersediaan agensi dan tahap integrasi setiap perkhidmatan terutama bagi yang memerlukan integrasi teliti. “Platform ini menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital…










