MELAKA: Pemantauan berkala dilakukan di 106 titik panas yang dikenal pasti sebagai lokasi mudah berlaku banjir di sekitar Melaka. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bermesyuarat setiap bulan untuk melaporkan maklumat terkini berkaitan kesiapsiagaan aset dan kekuatan anggota agensi-agensi terlibat. Katanya, JPBN juga mendapat taklimat daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berhubung ramalan cuaca dan langkah…










