DUNGUN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengenakan denda sebanyak RM2,500 ke atas seorang pemilik kedai buku selepas mengaku bersalah memiliki 25 naskah muqqadam yang mengandungi kesilapan kaedah penulisan, tahun lalu. Nor Azuwan Affendy Ibrahim, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Amira Fatihah Osman. Mengikut pertuduhan, didapati terdapat 25 Naskah Muqaddam Inlai yang ada dalam milikan lelaki itu, bagi maksud penjualan atau pengedaran teks Al-Quran…










