KOTA KINABALU: Mesyuarat pertama rundingan mengenai pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah dijadual berlangsung di sini hari ini. Mesyuarat itu akan dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong bagi menyelesaikan perkara teknikal yang tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, rundingan akan dimulakan di…










