KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal perlu menjelaskan tindakan pentadbirannya sebelum ini yang menghapuskan had dua penggal bagi jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah. Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan Warisan menunjukkan kurangnya komitmen terhadap reformasi tersebut apabila menghapuskan had penggal Yang Dipertua Negeri semasa mereka mentadbir negeri. “Soalannya, mengapa ia perlu? Bagaimana pindaan sedemikian menyumbang kepada pembangunan Sabah?. “Adakah ia untuk kepentingan individu…










