Meerqeen ‘angkat kaki’ dari pengurusan lama - Utusan Malaysia

Meerqeen ‘angkat kaki’ dari pengurusan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Cik Bunga ada dengar, yang mana pelakon popular, Meerqeen, khabarnya telah meninggalkan pihak pengurusan lamanya.

Perubahan ini dikatakan dibuat atas permintaan Meerqeen sendiri. Mungkin kerana mahu membawa haluan baharu dalam kerjayanya.

Menurut sumber terdekat, bekas pengurus Meerqeen tidak menunjukkan sebarang rasa kurang senang dengan keputusan itu.

Sikap profesional tersebut sekali gus meredakan spekulasi mengenai wujudnya ketegangan antara kedua-dua pihak. Makna kata, tak ada isulah antara mereka.

Kini, khabarnya ibu Meerqeen akan mengambil alih tugas menguruskan perjalanan kerjayanya.

Bagaimanapun, Cik Bunga tidak pasti sama ada keputusan ini dibuat kerana terdapat isu tertentu atau sekadar perubahan strategi selepas beberapa tahun berada di bawah pengurusan profesional.

Apa pun sebabnya, peminat berharap langkah ini akan membuka peluang lebih luas untuk perkembangan kerjaya pelakon muda tersebut.

Semoga perubahan yang dibuat membawa manfaat dan kejayaan yang lebih besar buat Meerqeen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN