PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap seorang individu berhubung satu hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial memaparkan imej disunting menyerupai laporan portal berita Utusan Malaysia. MCMC menerusi kenyataannya memaklumkan, imej suntingan tersebut yang disertakan dengan logo Utusan Malaysia didapati palsu dan berpotensi mengelirukan orang ramai. Katanya, siasatan awal turut mengesahkan bahawa Utusan Malaysia telah menafikan penerbitan laporan berkenaan serta menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama…










