KOTA KINABALU: Langkah memperkasakan Mahkamah Anak Negeri termasuk menjadikan jawatannya sebagai jawatan tetap adalah satu ‘game changer’ atau pencetus perubahan yang amat diperlukan rakyat Sabah. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran manifesto BN Sabah selari dengan penghormatan terhadap struktur pentadbiran negeri. Katanya, pengiktirafan baharu itu bukan sahaja mengangkat martabat institusi Mahkamah Anak Negeri, malah memastikan kelangsungan dan kestabilan sistem kehakiman adat yang menjadi tunjang…










