Mangsa dihanyut arus deras cuba keluar daripada kereta

Mangsa dihanyut arus deras cuba keluar daripada kereta

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mangsa yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini  petang semalam dipercayai cuba keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan air deras. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mangsa dikenal pasti iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan penyelia tapak projek bagi penambahbaikan Sungai Klang. 

Menurutnya, berdasarkan kejadian tular itu, mangsa dikesan cuba keluar dari keretanya dan cuba menyelamatkan diri. 

“Bagaimanapun, air terlampau deras sebelum menghanyutkan mangsa. Kami masih berusaha untuk menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini

Menurutnya, operasi pencarian akan dilaksanakan sejauh yang mungkin bagi mengesan mangsa.

“Paras air sungai setakat ini berketinggian hampir enam meter dan operasi pencarian akan diteruskan bermula dari lokasi insiden terbabit,” katanya. 

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata,operasi pencarian mangsa diperluaskan sehingga ke kawasan Selangor.

“Laporan terkini pada 9.30 pagi hari ini, operasi pencarian mangsa disambung dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kaedah pencarian di permukaan air melalui susur Sungai Klang sehingga ke kawasan Negeri Selangor.

“Operasi pencarian mangsa juga menggunakan dron,” katanya

Tambahnya, keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur terutamanya hujan di kawasan utara menyebabkan paras air meningkat dengan cepat dan arus yang deras menyukarkan operasi penyelamatan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×