KUALA LUMPUR : Mangsa yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini petang semalam dipercayai cuba keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan air deras. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mangsa dikenal pasti iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan penyelia tapak projek bagi penambahbaikan Sungai Klang. Menurutnya, berdasarkan kejadian tular itu, mangsa dikesan cuba keluar dari keretanya…










