KUALA TERENGGANU: Cuaca yang lebih baik di sebelah petang ini menyaksikan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 322 orang daripada 95 keluarga. Sebelum itu, seramai 528 orang daripada 145 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Kuala Nerus dan Besut. Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, setakat pukul 6 petang ini, hanya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut dan SK Pulau Perhentian di Besut dibuka…









