KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri naik mendadak dengan 2,081 mangsa ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 1 petang ini, berbanding hanya 90 orang pagi tadi. Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, semua mangsa daripada 677 keluarga itu melibatkan enam daerah terjejas iaitu Marang (1,328 orang), Kuala Terengganu (100 orang), Setiu (332 orang), Besut 179 (orang), Hulu Terengganu (59 orang) dan Dungun 83 orang. Antara kawasan…










