Mangsa banjir Kedah melonjak kepada 1,632 orang

Mangsa banjir Kedah melonjak kepada 1,632 orang

KENDERAAN berat dan pacuan empat roda mengharungi air yang melimpah ke jalan utama di Pekan Changlun, Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir di daerah Kubang Pasu semakin memburuk apabila bilangan penduduk yang diarahkan berpindah melonjak mendadak kepada 1,361 orang berbanding hanya 263 mangsa, semalam.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan seramai 1,632 orang daripada 525 keluarga di dua daerah di Kedah dilaporkan terjejas sehingga pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, kesemua mangsa banjir di daerah itu kini berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan.

“Tiga PPS baharu yang dibuka di Kubang Pasu adalah Dewan Kampung Tradisi Paya Pahlawan,  Dewan Padang Sera dan Sekolah Kebangsaan (SK) Malau bemula kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Sebanyak lima mukim dalam daerah itu juga dilaporkan terjejas melibatkan hampir 30 buah kampung dan taman perumahan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir di Kulim berkurangan kepada 271 orang setelah PPS Surau KEDA Naga Lilit yang sebelum ini menempatkan 44 mangsa ditutup pukul 6 petang, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN