Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Tumpat dan Kota Bharu jadi lokasi baharu

Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Tumpat dan Kota Bharu jadi lokasi terbaru

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Mujur, Bachok, Kelantan.-IHSAN JBPM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkatkan kepada 750 orang selepas jajahan Kota Bharu dan Tumpat menjadi lokasi baharu ditenggelami air.

Sebelum itu, Bachok menjadi jajahan pertama dilanda banjir melibatkan 47 mangsa.

Menurut InfoBencanaJKM setakat 7.30 malam tadi, kesemua mangsa daripada 311 keluarga itu sedang berlindung di lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, daripada jumlah itu Bachok menempatkan mangsa paling ramai iaitu 334 orang yang berlindung di dua PPS melibatkan 102 keluarga.

“Di Tumpat melibatkan 323 mangsa dan Kota Bharu 93,” katanya.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan lebat peringkat buruk dijangka berterusan berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Isnin ini.

“Pada masa sama hujan di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang dijangka akan berterusan sehingga Rabu ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN