Mangsa banjir di empat daerah di Perak meningkat 1,158 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di empat daerah di Perak meningkat 1,158

KEADAAN kawasan yang dilanda banjir ketika tinjauan di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang melanda empat daerah di negeri ini meningkat kepada 1,158 orang di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari berbanding 900 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 433 daripada 143 keluarga yang kini ditempatkan di enam PPS.

Menurutnya, Daerah Manjung pula mencatat 428 mangsa dari 136 keluarga di 10 buah PPS.

“Dua lagi daerah dilanda banjir ialah Larut Matang dan Selama melibatkan 36 mangsa di sebuah PPS dan Hilir Perak empat orang dari sebuah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN