Letak penghalang lalu depan orang bersolat

Letak penghalang lalu depan orang bersolat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Letak penghalang lalu depan orang bersolat

SOALAN
Saya musykil kita dilarang lalu lalang di hadapan orang yang sedang solat tetapi ada pula yang kata pada jarak tertentu tidak dilarang atau jika ada penghalang. Mana satu yang betul?

Imran Jalil
Kuchai Lama

JAWAPAN
Larangan adalah berjalan di hadapan orang menunaikan solat yang tidak ada sutrah atau penghalang, maka kalau hendak berjalan di depannya, maka letaklah apa-apa di hadapan orang yang menunaikan solat tersebut.

Jangan campur niat bayar zakat

SOALAN
Adakah saya boleh menzakatkan wang gaji saya dengan niat mahu elak cukai pendapatan? Bukankah niat zakat pendapatan dibuat begitu sedangkan ia wajib?

Kurnia
Ingin tahu

JAWAPAN
Niat hanya bayar zakat jangan mencampurinya ketika membayar zakat. Namun, dia dapat mengelak cukai itu adalah satu kelebihan sebab zakat tidak boleh berkongsi niat.

Bela anjing untuk kawalan dan keselamatan

SOALAN
Jiran saya berbangsa Melayu ada memelihara anjing tetapi dia lebih banyak guna untuk bawa ke ladangnya. Saya pernah dengar orang Islam dibenarkan memelihara anjing atas maslahah tertentu.

Hashim Muin
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Hukum asal tidak dibenarkan membela anjing melainkan terdapat hajat seperti untuk kawalan dan keselamatan termasuk menjaga ladang.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN