MELAKA: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika berada di atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, di sini malam semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa berusia sekitar 40-an dilaporkan pengsan sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di atas struktur siling kediaman berkenaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Shahrom Laji, berkata, sebaik menerima panggilan…








