SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas ditembak sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Nusari Bayu, Sendayan, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul malam itu, mangsa dikatakan sedang menjamu selera di meja luar restoran berkenaan sebelum didatangi secara tiba-tiba tiga buah kereta yang dinaiki beberapa suspek. Difahamkan mangsa cuba melarikan diri namun rebah selepas terkena tembakan ketika berada kira-kira 50 meter dari restoran tersebut. Ketua Polis…










