KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 peserta dari seluruh negara bakal menyertai CIDB Half Marathon 2025 pada 14 Disember ini, yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Acara anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama CIDB Malaysia dan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu menampilkan empat kategori utama iaitu 21 kilometer (km) Half Marathon, 10km Race, 5km Fun Run…








