KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan larangan pembukaan akaun media sosial bagi pengguna berumur 16 tahun ke bawah bermula 4 Disember ini, sebagai langkah memastikan keselamatan dan kesejahteraan digital golongan muda kekal dilindungi. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pelaksanaan itu menggunakan kaedah pengesahan umur (age verification) yang memerlukan proses pengesahan identiti atau eKYC sebelum akaun baharu boleh didaftarkan. Katanya, pendekatan tersebut berbeza dengan Australia yang menggunakan jaminan umur (age…










