KOTA KINABALU: Industri landskap berpotensi besar untuk menjadi penyumbang baharu kepada pendapatan Sabah menerusi pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi yang akan diperkenalkan mengikut Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kementeriannya menyenaraikan beberapa projek landskap utama di daerah tumpuan ekonomi seperti Putatan, Kuala Penyu, Sandakan dan Kudat dalam memperkasa keindahan, kesejahteraan serta keterampilan kawasan pusat perniagaan utama (CBD) di negeri ini. “Projek…










