KOTA BHARU: Sekitar 1990, Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, menjadi destinasi pelancongan popular di Kelantan yang menggamit kedatangan pelancong termasuk pengunjung antarabangsa. Namun, situasi itu sudah berubah apabila pantai yang sering dikunjungi orang ramai semakin hilang seri, sekali gus memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Ia berikutan kekurangan kawasan parkir , ketiadaan tandas, kawasan riadah dan kemudahan-kemudahan lain menyebabkan orang ramai semakin kurang berkunjung ke PCB. Tinjauan…










