KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail mengingatkan semua barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya peka terhadap perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan kemurungan membabitkan warga kerja pasukan. Beliau berkata, kesihatan mental dan fizikal mampu mempengaruhi prestasi, disiplin, dan kesejahteraan anggota serta organisasi secara keseluruhannya. Katanya, tekanan mental selalunya berpunca daripada bebanan kehidupan dan tekanan yang melampau. “Adalah diharapkan agar semua barisan kepimpinan dan penyelia untuk…










