KUALA LUMPUR: Tindakan tegas dan mekanisme pemantauan lebih ketat perlu dilaksanakan bagi mengelak insiden kebocoran bumbung di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berulang. Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin berkata, kejadian itu telah menjejaskan imej KLIA sebagai mercu tanda dan simbol kemodenan Malaysia. Katanya, insiden tersebut bukan sahaja membentuk persepsi negatif dalam kalangan pelancong malah menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kontraktor dan tahap penyeliaan kerja-kerja pembaikan di kawasan…










